For all respected customers at
Untuk semua pelanggan yang dihormati di
SCRUT AUTO SDN. BHD. 232, Lorong Nibong off Jalan Ampang, Taman U Thant, KL
1. Our Quotations
Sebutharga Kami
Our prices are determined based on the recommendations of our skilled technicians. Within our quotation framework, customers are granted the authority to select particular components and associated labor they wish to incorporate. It is important to note that quotations may not remain unchangeable, as fluctuations may occur during the execution of repair tasks.
Harga kami ditentukan berdasarkan cadangan daripada juruteknik berkemahiran kami. Dalam rangka kerja sebutharga ini, pelanggan berhak memilih komponen dan kos buruh yang ingin dimasukkan. Harap maklum bahawa harga dalam sebutharga ini mungkin berubah akibat turun naik kos semasa proses pembaikan dijalankan.
2. Pricing Validity
Tempoh Sah Sebutharga
The quoted prices are guaranteed for thirty (30) days from the date of this quote, subject to availability. In the event that any quoted items are unavailable and require re-ordering, we reserve the right to adjust the prices accordingly.
Harga yang dinyatakan adalah sah selama tiga puluh (30) hari dari tarikh sebutharga, tertakluk kepada ketersediaan. Jika terdapat komponen yang tidak tersedia dan perlu dipesan semula, kami berhak untuk melaraskan harga dengan sewajarnya.
3. Additional Costs
Kos Tambahan
Please be aware that this estimate does not cover the replacement of unserviceable parts discovered during our repair process. Additional costs for parts and labor may apply, and we will notify you if this situation arises.
Sila ambil perhatian bahawa anggaran ini tidak meliputi penggantian komponen yang rosak dan tidak dapat dibaiki yang ditemui semasa proses pembaikan. Kos tambahan untuk alat ganti dan buruh mungkin dikenakan, dan kami akan memaklumkan anda jika situasi ini berlaku.
4. Acceptance Confirmation
Pengesahan Penerimaan
To facilitate the commencement of necessary work, kindly confirm your acceptance of the repair cost estimate by returning a signed copy of this quotation.
Untuk memulakan kerja pembaikan yang diperlukan, sila sahkan penerimaan anggaran kos ini dengan menandatangani dan memulangkan salinan sebutharga ini kepada kami.
5. Payment
Pembayaran
Payment shall be deemed valid exclusively when remitted to our designated account number. Kindly refrain from depositing funds into any alternative individual or entity.
Pembayaran hanya dianggap sah jika dimasukkan ke akaun bank yang dinyatakan oleh pihak kami. Sila elakkan daripada membuat pembayaran ke akaun individu atau entiti lain.
6. Receipt of Payment / Deposit
Resit Pembayaran / Deposit
Upon receiving the payment or deposit, we will issue an official receipt as proof of the transaction. Please keep this receipt for your records, as it serves as documentation of the payment made. We value your trust in our services and look forward to assisting you with your vehicle needs.
Setelah menerima pembayaran atau deposit, resit rasmi akan dikeluarkan sebagai bukti transaksi. Simpan resit ini untuk rujukan anda kerana ia menjadi dokumen pengesahan pembayaran. Kami menghargai kepercayaan anda terhadap perkhidmatan kami dan berbesar hati untuk membantu anda dengan keperluan kenderaan anda.
7. Vehicle Usage for Repairs
Penggunaan Kenderaan Semasa Proses Pembaikan
By agreeing to repairs at SCRUT Auto Sdn Bhd, customers consent to our technicians using the vehicle to procure necessary parts and conduct test drives. These test drives may include both short and long distances to simulate typical daily use, which helps our technicians accurately diagnose and resolve issues. This process is essential to ensure the quality and effectiveness of the repairs.
Dengan bersetuju untuk menjalankan pembaikan di SCRUT Auto Sdn Bhd, pelanggan juga bersetuju untuk membenarkan juruteknik menggunakan kenderaan bagi tujuan membeli alat ganti yang diperlukan. Juruteknik juga akan menjalankan ujian pemanduan jarak pendek dan jarak jauh bagi menyimulasikan penggunaan harian. Proses ini penting untuk mengenal pasti masalah dengan lebih tepat dan memastikan pembaikan dijalankan dengan efektif.
Thank you.
Terima kasih.