Jangan Percaya Janji “Boleh Return” Bila Beli Kereta Recond

Ada penjual yang menyebut “kalau ada masalah, boleh return”. Kedengaran meyakinkan, tetapi realitinya tidak semudah itu.
Kenapa kereta tidak boleh dipulangkan begitu sahaja
Bila anda membeli dengan pinjaman, nama didaftarkan dan bank membayar kepada penjual. Sehingga pinjaman selesai, kereta itu sebenarnya milik bank. Memulangkan kereta bermaksud membatalkan pinjaman dan pendaftaran, sesuatu yang jarang berlaku dan sukar dituntut.
Malah kereta baru pun tidak datang dengan polisi pulangan. Jadi berhati-hati dengan janji lisan yang tidak dinyatakan dalam perjanjian bertulis.
Apa yang patut anda lakukan
- Semak sejarah kereta menggunakan nombor chassis di scrut.my sebelum membayar.
- Buat pemeriksaan menyeluruh seperti SCRUT Integrity Inspection (SII), 120 perkara diperiksa di atas hoist.
- Pastikan sebarang janji tentang waranti atau pulangan ditulis dalam perjanjian jualan.
Keputusan terbaik dibuat sebelum anda menandatangani. Kalau ada soalan tentang kereta di showroom SCRUT Auto, hubungi kami.
Sumber: scrut.my. Lihat posting asal.
Kredit gambar
- Gambar cover: Infrogmation of New Orleans, Wikimedia Commons (CC BY 2.0)