Skip to main content

Kereta Recond atau Kereta Terpakai Tempatan: Mana Satu Pilihan Lebih Baik?

Kereta Recond atau Kereta Terpakai Tempatan: Mana Satu Pilihan Lebih Baik?

“Kalau tahunnya sama, kereta recond dengan kereta terpakai tempatan lebih kurang sama je, kan?” Soalan ni selalu kami dengar. Sebenarnya ada beberapa perbezaan penting yang patut anda tahu sebelum memilih.

1. Pinjaman bank

Kereta recond belum pernah didaftarkan di Malaysia, jadi bank biasanya menganggapnya sebagai kereta “baru didaftarkan”. Kerana itu, kadar faedah untuk kereta recond selalunya lebih rendah berbanding kereta terpakai tempatan, dan tempoh pinjaman boleh lebih panjang. Kadar sebenar bergantung pada bank dan profil anda, jadi minta sebut harga daripada beberapa bank.

2. Spesifikasi

Kereta recond mengikut spesifikasi negara asalnya. Untuk banyak model Jepun, spesifikasinya lebih tinggi berbanding versi yang dijual rasmi di Malaysia, malah ada model yang langsung tak dijual di sini.

3. Mileage

Kereta recond dari Jepun biasanya mempunyai mileage lebih rendah kerana dieksport selepas beberapa tahun sahaja. Tetapi ingat, mileage kedua-dua jenis kereta boleh dimanipulasi oleh penjual yang tidak jujur. Jangan bergantung pada bacaan meter semata-mata.

Apa yang perlu disemak

  • Kereta recond: semak auction report sebenar dari Jepun menggunakan nombor chassis di scrut.my.
  • Kereta terpakai tempatan: semak rekod tuntutan insurans, kemalangan, total loss dan banjir, dan buat pemeriksaan fizikal seperti SCRUT Integrity Inspection (SII).

Mana-mana pun pilihan anda, pastikan anda tahu keadaan sebenar kereta sebelum menandatangani apa-apa. Lihat kereta recond di showroom SCRUT Auto, semuanya dengan nombor chassis untuk anda semak.

Sumber: scrut.my. Lihat posting asal.

Kredit gambar

  • Gambar cover: Magharebia, Flickr (CC BY 2.0)

All articles