Skip to main content

5 Tanda Amaran (Red Flag) Bila Beli Kereta Recond atau Terpakai

5 Tanda Amaran (Red Flag) Bila Beli Kereta Recond atau Terpakai

Kebanyakan penjual kereta jujur. Tetapi ada beberapa tingkah laku yang patut membuatkan anda berhenti dan berfikir dua kali. Ini tanda-tanda amaran yang paling kerap kami lihat.

1. Penjual tidak benarkan semakan sejarah kereta

Penjual yang yakin dengan keretanya tidak akan keberatan jika anda menyemak nombor chassis atau sejarah kereta. Kalau penjual memperlekeh atau melarang semakan, tanya kenapa.

2. Penjual tidak benarkan kereta dibawa untuk inspection

Jika kereta boleh dibawa untuk pandu uji, ia juga boleh dibawa untuk pemeriksaan. Kedai kereta biasanya mempunyai trade plate yang dilindungi insurans untuk tujuan ini. Ada penjual yang sanggup menghantar kereta dengan trak tunda supaya pembeli yakin.

3. Anda didesak membayar deposit sebelum memeriksa kereta

Wang tempahan yang boleh dikembalikan adalah perkara biasa. Tetapi diminta membayar deposit penuh sebelum anda sempat memeriksa kereta ialah tanda amaran. Pastikan anda faham sama ada bayaran itu boleh dikembalikan dan dapatkan resit bertulis.

4. Diminta submit loan dahulu sebelum boleh melihat keadaan kereta

Pinjaman ialah komitmen 7 hingga 9 tahun. Anda berhak melihat dan memeriksa kereta dahulu sebelum memohon pinjaman.

5. Waranti digunakan sebagai alasan untuk tidak memeriksa

Waranti itu bagus, tetapi ia bukan pengganti pemeriksaan. Kebanyakan waranti hanya meliputi enjin dan gearbox, bukan haus dan lusuh. Jika mileage sebenar 90,000 km tetapi meter menunjukkan 15,000 km, anda mungkin terlepas servis besar dan masalah akan muncul selepas waranti tamat.

Hak anda sebagai pembeli

Menyemak sejarah dan memeriksa kereta sebelum menandatangani apa-apa ialah hak anda sebagai pengguna. Di SCRUT Auto, kami menggalakkan setiap pembeli menyemak sejarah kereta di scrut.my dan membuat pemeriksaan sebelum membuat keputusan.

Sumber: scrut.my. Lihat posting asal.

Kredit gambar

All articles