Mileage Kena Putar: Penipuan Paling Senyap Dalam Pasaran Kereta

Meter kereta menunjukkan 60,000 km. Kereta nampak cantik dan penjual kata “tiptop”. Tetapi rekod sebenar mungkin sudah melebihi 200,000 km. Manipulasi odometer ialah antara penipuan paling biasa dalam pasaran kereta terpakai dan recond, dan paling sukar dikesan dengan mata kasar.
Kenapa mileage diputar?
Kereta dengan mileage rendah nampak lebih “fresh”, lebih bernilai dan lebih mudah dijual. Bila bacaan diturunkan, sejarah kereta seolah-olah hilang, termasuk kemungkinan kereta itu pernah kemalangan, ditenggelami banjir, digunakan untuk e-hailing atau mempunyai rekod servis berat.
Satu logik mudah
Mileage kereta hanya boleh naik, tidak boleh turun. Jika rekod lelongan atau rekod tuntutan insurans menunjukkan bacaan lebih tinggi daripada yang tertera pada meter sekarang, bacaan itu telah diubah.
Tanda-tanda yang patut diperhatikan
- Stereng, tombol gear, pedal atau kerusi pemandu nampak terlalu haus untuk mileage yang tertera
- Rekod servis tidak lengkap atau tarikhnya tidak konsisten
- Penjual enggan memberikan auction sheet atau nombor chassis
- Harga terlalu murah untuk kereta yang kononnya bermileage rendah
Kenapa ia berbahaya walaupun ada waranti
Bila anda fikir kereta baru 15,000 km, anda mungkin terlepas servis besar yang sepatutnya dibuat. Masalah haus dan lusuh akan muncul kemudian, selalunya selepas waranti tamat.
Cara menyemak
Jangan bergantung pada nombor di dashboard. Semak rekod sebenar menggunakan nombor chassis di scrut.my, yang menunjukkan mileage semasa dilelong di Jepun dan, untuk kereta tempatan, mileage semasa tuntutan insurans jika ada.
Setiap kereta di showroom SCRUT Auto dipaparkan dengan nombor chassis supaya anda boleh menyemak mileagenya sendiri.
Sumber: scrut.my. Lihat posting asal.
Kredit gambar
- Gambar cover: Tony Webster from Portland, Oregon, Unit, Wikimedia Commons (CC BY 2.0)