4 Penipuan Paling Biasa Bila Beli Kereta Terpakai

Ramai penjual kereta jujur. Tetapi masih ada yang mengambil kesempatan atas kepercayaan pembeli. Ini empat penipuan yang paling kerap kami jumpa.
1. Odometer diputar
Bacaan meter diturunkan supaya kereta nampak “masih baru” dan boleh dijual lebih mahal. Inilah penipuan yang paling biasa. Baca cara mengenalinya.
2. Kereta total loss yang dicat semula
Kereta yang pernah diisytiharkan total loss dibaiki, dicat dengan warna baru dan dijual semula tanpa mendedahkan sejarahnya.
3. Kereta banjir
Pemilik asal menjual kereta yang pernah tenggelam kerana tahu masalah akan muncul kemudian. Selepas dibersihkan, ia nampak seperti kereta biasa.
4. Laporan pemeriksaan palsu
Ada penjual yang menyediakan “inspection report” sendiri. Laporan yang disediakan oleh pihak yang menjual bukanlah pemeriksaan bebas.
Cara melindungi diri
- Minta nombor chassis dan semak sejarah kereta di scrut.my.
- Buat pemeriksaan bebas, seperti SCRUT Integrity Inspection (SII), sebelum membayar.
- Jangan bayar deposit sebelum anda puas hati dengan sejarah dan keadaan kereta.
Di SCRUT Auto, setiap kereta boleh disemak dan diperiksa sebelum anda membuat keputusan.
Sumber: scrut.my. Lihat posting asal.
Kredit gambar
- Gambar cover: Hines Studio, Wikimedia Commons (Public domain)