Skip to main content

Kenapa Orang Malaysia Suka Kereta Recond Jepun?

Kenapa Orang Malaysia Suka Kereta Recond Jepun?

Jalan raya di Malaysia penuh dengan Alphard, Vellfire, Harrier dan banyak lagi model recond dari Jepun. Kenapa ia begitu popular?

1. Kereta masih baru

Ramai pemilik di Jepun menggunakan kereta mereka hanya untuk beberapa tahun. Bila sampai ke Malaysia, keadaannya masih hampir seperti baru dan mileagenya biasanya rendah.

2. Harga lebih munasabah

Berbanding membeli model yang sama dalam keadaan baru, kereta recond boleh menjimatkan jumlah yang besar.

3. Spesifikasi lebih tinggi

Kereta untuk pasaran domestik Jepun sering datang dengan kelengkapan dan teknologi yang lebih lengkap berbanding versi tempatan.

4. Lebih banyak pilihan

Banyak model Jepun tidak pernah dijual secara rasmi di Malaysia. Melalui import recond, pilihan anda jauh lebih luas.

Kenapa banyak sangat kereta Jepun dijual semula?

Jawapannya ialah kos memiliki kereta di Jepun. Setiap kereta perlu lulus ujian shaken, pemeriksaan wajib yang lebih ketat daripada Puspakom. Kereta baru perlu diperiksa selepas 3 tahun, dan kemudian setiap 2 tahun. Ujian ini memeriksa keselamatan, pelepasan asap, bacaan meter serta komponen dalam dan luar kereta.

Kos shaken, ditambah cukai, insurans dan pembaikan yang diperlukan untuk lulus, boleh menjadi mahal. Ramai pemilik memilih untuk menjual kereta mereka dan membeli yang baru, dan kereta-kereta inilah yang akhirnya sampai ke pasaran eksport.

Tetap berhati-hati

Walaupun kereta recond Jepun ada banyak kelebihan, setiap kereta ada sejarahnya sendiri. Semak auction report dan keadaan sebenar sebelum membeli. Di SCRUT Auto, setiap kereta boleh disemak sejarahnya sebelum anda membuat keputusan.

Sumber: scrut.my. Lihat posting asal.

Kredit gambar

  • Gambar cover: Alex L.., Flickr (CC BY 2.0)

All articles